KUALA LUMPUR: Pelan pengembangan Mr DIY Group (M) Bhd. dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kumpulan bagi tahun ini.
Penganalisis CGS-CIMB Research, Walter Aw berkata, kumpulan menyasarkan untuk membuka 180 cawangan baharu pada 2022 bagi mengakhiri tahun ini dengan 1,080 cawangan.
Pada suku pertama, katanya, kumpulan telah menambah sebanyak 47 cawangan baharu di seluruh negara.
"Kami percaya kebanyakan cawangan baharu ini akan memberi fokus kepada jenama MR DIY, memandangkan ia melihat banyak ruang untuk membuka lebih banyak cawangan MR DIY terutama di kawasan luar bandar," katanya dalam nota kajian hari ini.
Susulan prospeknya yang dilihat cerah, CGS-CIMB mengekalkan saranan 'tambah' terhadap Mr DIY dengan harga sasaran lebih rendah pada RM2.40 daripada sebelum ini, RM2.70 sesaham.
Kumpulan dijangka merekodkan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) pendapatan sesaham (EPS) teras yang kukuh sebanyak 15.4% bagi tahun kewangan 2021 (FY21) hingga FY24, dipacu pelan pengembangan cawangan dan purata jualan setiap cawangan yang lebih tinggi.
Aw menjangkakan kumpulan akan meraih manfaat daripada pemulihan pengunjung dan purata jualan setiap cawangan, apabila kesemua 947 cawangan kembali beroperasi secara penuh sejak suku kedua 2022.
Selain itu, katanya, ia turut menjangkakan kumpulan mendapat kelebihan daripada kenaikan harga siling, memandangkan Mr DIY sudah membuat pelarasan harga sejak suku kedua 2022 bagi melepaskan kos input dan pengangkutan yang lebih tinggi.
"Kami berpendapat Mr DIY meraih manfaat utama daripada aktiviti penurunan dagangan pengguna berikutan tekanan inflasi.
"Di sebalik kenaikan harga, kami percaya percaya perbezaan produk antara Mr DIY dan pemain lain masih besar, menjadikan produknya lebih menarik.
"Mr DIY mampu menetapkan harga produknya dengan sangat menarik kerana ia mempunyai skala ekonomi (daripada jumlah kiraan kedainya sebanyak 947 cawangan) dan kecekapan operasi daripada mendapatkan produk dalam jumlah pukal dengan cara yang lebih menjimatkan," jelasnya.
Namun begitu, Aw mengurangkan unjuran pendapatan sesaham bagi tahun kewangan berakhir 2022 (FY22) hingga FY24 antara 3.9 hingga 5% selepas mengambil kira kos input dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.
*Sumber DagangNews.com
Dagang News
Mon Jun 27 2022
Penganalisis CGS-CIMB Research, Walter Aw berkata, kumpulan menyasarkan untuk membuka 180 cawangan baharu pada 2022 bagi mengakhiri tahun ini dengan 1,080 cawangan. - Fail DagangNews.com
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
COVID-19: LHDN cawangan Alor Setar, Pusat Khidmat Hasil Yan, ditutup 2 hari
Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Alor Setar dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Yan, ditutup selama dua hari bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.
Hukuman zalim, tidak masuk akal, Tun Faisal rayu penggantungan dibatalkan
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan secara adil fakta dan konteks sebenar kenyataannya.
COVID-19: Beberapa cawangan, pejabat LHDN di Terengganu ditutup tiga hari
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan beberapa cawangan dan pejabat LHDN di Terengganu ditutup sementara mulai esok hingga 16 Mac bagi kerja sanitasi.
UMNO Padang Rengas umum tidak akan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15
UMNO akan bertumpu kepada pemerkasaan Muafakat Nasional bersama Pas.
Warisan ke Semenanjung bukan untuk berlawan dengan sesiapa - Shafie Apdal
Warisan turut akan membuka cawangan atau bahagian di kawasan lain yang tiada masyarakat Sabah tetapi mempunyai permintaan.
EON lancar logo baharu, kendali sembilan pusat pengedaran
Ia menandakan penyertaan Proton sebagai salah satu jenama di bawah naungan mereka.
Alliance Bank Tawau ditutup selepas dua kakitangan positif COVID-19
Alliance Bank Malaysia Bhd terpaksa menutup cawangan Tawau selepas dua kakitangannya dijangkiti COVID-19.
Razer tangguh pembukaan cawangan 'walk-in' di Asia Tenggara
Lee Li Meng berkata antara lokasi strategik yang ditinjau ialah Thailand dan Filipina.
Nasi Lemak Marrybrown masuk carta MBOR
1 Ogos dijadikan sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown, mulai tahun ini.
Proton perluaskan rangkaian pengurusan kereta terpakai
Dengan pertumbuhan jualan Proton yang meningkat pantas dan dijangka berterusan dalam beberapa tahun akan datang, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting